NGO

PERKASA Sokong Usaha Martabatkan Bahasa Melayu

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PERKASA mengambil maklum usaha kerajaan untuk meminda Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) 1959 bagi membolehkan pihak DBP mengambil tindakan terhadap mana-mana pelanggaran dalam aspek penggunaan bahasa Melayu di seluruh negara.

PERKASA menyokong penuh tindakan pihak kerajaan dalam memartabatkan bahasa Melayu di semua peringkat dan juga di dalam urusan rasmi kerajaan. Kita harus berbangga dengan bahasa ibunda yang majoriti rakyat memahami dan boleh bertutur dengan baik.

PERKASA juga melahirkan rasa kecewa dengan seorang bekas Menteri yang mengatakan penguasaan bahasa Melayu akan membuatkan Malaysia tidak mengecapi kejayaan di zaman moden yang lebih mengutamakan penggunaan Bahasa Inggeris.

Untuk makluman bekas Menteri itu, rakyat Indonesia walaupun berbilang bangsa , tapi masih boleh bertutur dan menguasai dengan baik bahasa Indonesia. Begitu juga dengan negara-negara lain di Asia seperti di Jepun, Thailand, Cambodia dan Vietnam; mereka mengutamakan penggunaan bahasa ibunda mereka.Takkanlah di negara Malaysia rakyat tidak boleh mengambil inisiatif untuk mengagungkan bahasa ibunda sendiri. Lagipun bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan negara kita.

PERKASA berharap agar kerajaan Malaysia meneruskan momentum dalam memartabatkan bahasa ibunda supaya ianya akan kekal menjadi amalan seharian rakyat Malaysia dan dengan itu akan menjamin bahasa Melayu tidak akan hilang identitinya sebagai bahasa kebangsaan negara.

Penggunaan bahasa ibunda kita tidak boleh dilupakan akibat daripada penggunaan Blbahasa Inggeris

Azrol bin Mansor
Ketua Penerangan PERKASA KEDAH

Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Samudera.my

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: