Tempatan

Pastikan Kawasan Perlindungan dan Pemuliharaan Capai Sasaran Global – Tengku Hassanal

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUANTAN 05 Jun 2022 – “Kita perlu berusaha untuk memastikan kawasan daratan dan perairan yang boleh diwartakan bagi tujuan perlindungan dan pemuliharaan untuk mencapai sasaran global penting tersebut.”

Berikut merupakan titah KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, bersempena hari Alam Sekitar pada Ahad.

Lapor Awani, baginda turut bertitah supaya sekurang-kurangnya 30 peratus daripada alam sekitar, baik lautan mahupun daratan perlu dilindungi menjelang tahun 2030.

“Malaysia perlu turut serta bagi menjayakan sasaran unggul ini seterusnya menyerlahkan kebersamaan dengan seluruh warga dunia menangani isu ini, apatah lagi negara kita adalah salah sebuah daripada 17 negara megadiversiti di dunia yang diiktiraf kerana kaya dengan kepelbagaian spesies flora dan fauna,” titah baginda lagi.

Baginda turut menegaskan supaya Malaysia mencapai sasaran neutral karbon, tetapi perlulah bersikap realistik di dalam usaha menggapai sasaran tersebut, terutamanya dalam hal melibatkan bahan api fosil.

“Aspirasi ini penting dan terpuji, namun pada masa yang sama, kita perlu menyedari bahawa langkah memansuhkan subsidi bahan api fosil akan memberikan impak besar kepada warga Malaysia,” titah baginda.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: