Tempatan

Banjir: Pahang Negeri Pertama Memiliki Bot Jenis Amfibia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUANTAN, 05 Januari 2023 – Pahang menjadi negeri pertama memiliki bot jenis amfibia apabila membeli dua unit kenderaan itu dengan kos RM1.8 juta.

Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, bot tersebut diserahkan kepada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang bagi membantu mangsa-mangsa banjir di Pahang.

BACA JUGA: Mangsa Banjir Boleh Mohon Rumah Mesra Rakyat – Ahmad Maslan

BACA JUGA: Musibah Banjir Terengganu, 43789 Ekor Haiwan Mati

BACA JUGA: Projek ECRL Pantai Timur Terkesan Banjir

“Setiap bot bernilai RM900,000 dan akan ditempatkan di depoh APM Pahang bagi tugasan kegunaan menyelamat.”

Katanya, bot jenis Sealegs buatan New Zealand itu mampu memuatkan lapan orang.

Jelasnya, pembelian bot itu adalah sebahagian daripada peruntukan Kerajaan Negeri sediakan iaitu sebanyak RM47 juta tahun lalu untuk menghadapi bencana banjir.

“Peruntukan ini termasuklah pembelian aset, tapak pendaratan helikopter, penyediaan sistem pengesanan pergerakan tanah dan juga membina Pusat Pemindahan Kekal (PPK).”

“Insya-Allah akan datang jika ada keperluan, kerajaan akan menambah pembelian bot dan keperluan lain,” katanya melalui satu hantaran di laman Facebook rasminya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: