Antarabangsa

Tengku Hassanal Rasmi Bangunan Baru MUIP Di Kaherah, Mesir

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

MESIR, 09 November 2022 – KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan merasmikan Bangunan Baharu Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dalam satu upacara yang diadakan di Princesses Palace Hall, Haiyyu Sabie’, Kaherah, Mesir.

Perasmian yang diadakan pada pukul 6.30 petang waktu tempatan, semalam turut dihadiri oleh para pelajar dari negeri Pahang yang menuntut di sana, demikian menurut hantaran di @muipinfo.

Bangunan baharu milik penuh MUIP itu telah mula beroperasi pada tahun 2019 dan mampu untuk memuatkan seramai 160 orang pelajar pada satu-satu masa.

Selain itu, bangunan yang berkonsepkan “apartment” tersebut memiliki 11 tingkat dan mempunyai kapasiti yang pelbagai antaranya, surau, restoran, pejabat, bilik asrama, rumah tamu, dewan seminar dan banyak lagi kemudahan.

Majlis perasmian tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Yang Dipertua MUIP, YAM Tengku Panglima Raja Kolonel Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Turut hadir Tuan Yang Terutama Duta Besar Malaysia ke Mesir, YBhg. Encik Zamani bin Ismail dan delegasi daripada Ibu Pejabat Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang yang terdiri daripada barisan Ahli Majlis, Sahibus Samahah Mufti Negeri Pahang, Dato’ Sri Dr Haji Abdul Rahman bin Haji Osman, barisan Ahli Majlis MUIP, Ketua Pegawai Eksekutif MUIP, YH. Dato’ Ahmad Hairi bin Hussain dan beberapa pegawai kanan yang lain.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: