Antarabangsa

Rejim Haram Aparteid Israel Guna Dron Bersenjata Ketika Serbuan Malam

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

TEBING BARAT, 09 September 2022 – Rejim haram aparteid Israel sudah mula melatih anggota tenteranya mengendalikan dron bersenjata sebagai sebahagian daripada operasi serbuan dan pencerobohan rumah penduduk Palestin pada waktu malam.

Lapor agensi media Timur Tengah, serbuan yang dibuat pada waktu ini merupakan rutin tentera rejim haram di Tebing Barat, Gaza yang diduduki, malah mereka percaya bahawa ia penting untuk tujuan risikan.

Dalam pada itu, Ketua Turus Angkatan Pertahanan rejim haram aparteid Israel (IDF), Aviv Kohavi turut memberi amaran bahawa aktiviti ketenteraan akan dipergiatkan jika difikirkan perlu.

Katanya, “Ujian kami adalah melindungi rakyat Israel, dan misi kami adalah menghalang keganasan. Kami akan sampai ke setiap bandar, kejiranan, lorong, rumah atau ruang bawah tanah untuk tujuan tersebut.”

Walau bagaimanapun, kumpulan hak asasi manusia menyelar tindakan berkenaan sekali gus menegaskan bahawa matlamat rejim haram aparteid Israel adalah untuk menindas, menakut-nakutkan penduduk dan meningkatkan kawalan mereka ke atas negara Palestin.

“Serbuan itu adalah sebahagian daripada DNA negara aparteid seperti pusat pemeriksaan tentera dan tembok pemisah haram,” tegas pengkritik.

Kebelakangan ini, dron bersenjata telah banyak digunakan dalam serangan terbaru rejim haram aparteid Israel terhadap rakyat Palestin di Semenanjung Gaza. Serangan yang dibuat pada awal Ogos lalu, selama tiga hari, telah mengorbankan puluhan rakyat Palestin termasuk wanita dan kanak dan mencederakan ratusan penduduk.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: