Tentera Rejim Haram Aparteid Israel Serang Tebing Barat, 11 Syahid
PALESTIN, 23 Februari 2023 – Warga Palestin telah mengadakan majlis pengebumian besar-besaran pada Rabu lalu bagi beberapa orang syuhada yang telah terbunuh sewaktu serangan Israel di utara Tebing Barat.
Rejim haram aparteid Israel telah melakukan serangan di Nablus dan telah membunuh sebelas warga Palestin termasuklah seorang warga emas berusia 72 tahun dan seorang budak berusia 14 tahun, selain daripada dua orang komandan kumpulan Jihad Islam dan beberapa individu lain.
BACA JUGA: 1,332 Al-Quran Elektronik Tanpa Kelulusan Dirampas – KDN
Serangan zalim tersebut turut menyebabkan lebih 100 orang tercedera dan beberapa yang lain berada di dalam keadaan kritikal.
BACA JUGA: Isu Jalan Temiang – Apakah Negara Sudah Tandus Nama Besar?
Seorang warga emas yang berusia 72 tahun yang dibunuh itu dikatakan sedang dalam perjalanan ke pasar dan setelah itu tentera Israel mula mencerobohi kawasan kejiranan itu.
BACA JUGA: HAJI: Kaji Semula Tempoh Berada Di Tanah Suci – Ismail Sabri
Dalam serangan tersebut, tentera penceroboh telah menghalang semua jalan untuk masuk ke dalam bandar tersebut sebelum mereka mengepung sebuah rumah yang dimiliki oleh pejuang pembebasan Palestin, Hossam Isleem.
Rejim haram aparteid Israel telah menggandakan serangan terhadap Nablus dan sebuah lagi bandar berhampiran, Jenin sejak hujung tahun lalu setelah Benjamin Netanyahu berjaya menyandang kembali jawatan perdana menteri.
Pada bulan lalu, tentera Israel telah menembak dan membunuh sekurang-kurangnya sepuluh warga Palestin dan mencederakan ramai lagi sewaktu serbuan ganas yang mereka lakukan terhadap sebuah kem pelarian yang berhampiran dengan Jenin.