Tempatan

Ramai Penyokong Palestin Bukan Islam, Menteri Benar Bersolidariti Di Dataran Perayaan Sarawak

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUCHING, 25 Oktober 2023 – Isu perjuangan Palestin bukannya masalah keagamaan tetapi lebih kepada perjuangan pembebasan tanah air mereka.

“Jika sesetengah pihak mengaitkannya sebagai isu agama hanya kerana ia dianjurkan berhampiran masjid, kita mesti tahu bahawa ramai antara mereka yang menyokong perjuangan Palestin juga terdiri daripada masyarakat bukan Islam,” ujar Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah pada sebuah sidang media semalam.

Tambahnya, pihak beliau juga sedia memberi kebenaran sekiranya penganjur ingin menganjurkan himpunan aman solidariti Palestin di Dataran Perayaan dan bukannya Stadium Sarawak kerana stadium kini sedang menjalani pengubahsuaian.

“Jika mereka ingin menganjurkan perhimpunan solidariti bersama Palestin, mereka boleh menganjurkannya di Dataran Perayaan yang mana Kompleks Sukan Sarawak adalah di bawah tanggungjawab saya,” katanya.

Lanjutan itu, Abdul Karim turut berharap keadaan di Gaza, Palestin segera reda kerana situasi tersebut dapat membantu menyokong ekonomi negara termasuk industri pelancongan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: