Tempatan

Selsema Babi: MAQIS Patah Cubaan Seludup Daging Babi Sejuk Beku

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SEPANG, 23 Februari 2023 – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) berjaya mematahkan cubaan seludup daging babi sejuk beku (suckling pig) di Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA Kargo, semalam.

Memetik sebuah berita, ejen penghantaran produk itu dipercayai menggunakan taktik licik dengan mengisytiharkan 100 kotak gabus yang dibawanya sebagai pakaian.

BACA JUGA: 1,332 Al-Quran Elektronik Tanpa Kelulusan Dirampas – KDN

Kata pengarah MAQIS Selangor, Mohd Sobri Md Hashim, kesemua produk haiwan tersebut dianggarkan bernilai RM28,000 dan diimport dari Vietnam.

BACA JUGA: Isu Jalan Temiang – Apakah Negara Sudah Tandus Nama Besar?

“Hasil pemeriksaan rutin yang dijalankan oleh pegawai penguatkuasa MAQIS mendapati, sebanyak 3,475 kilogram produk haiwan yang dibawa masuk oleh syarikat tempatan itu gagal mengemukakan dokumen permit import yang sah dan sijil kesihatan dari negara asal,” ujarnya.

BACA JUGA: HAJI: Kaji Semula Tempoh Berada Di Tanah Suci – Ismail Sabri

Jelas beliau, sampel bagi produk daging babi itu akan dihantar ke Makmal Kesihatan Veterinar untuk persampelan bagi mengenalpasti penyakit demam selsema babi (ASF).

Beliau yang menjelaskan dengan lebih lanjut turut mengatakan bahawa larangan pengimportan serta membawa masuk daging berkenaan adalah bertujuan bagi mencegah risiko penularan wabak penyakit ASF ke negara yang dikhuatiri akan turut menjejaskan industri penternakan babi negara.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728],” tambahnya lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: