Tempatan

MAQIS Rampas Daging Kambing Segar Tiada Cop Halal

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa join Telegram, Instagram dan Facebook kami bagi mendapatkan berita terkini

SEPANG, 26 Mac 2021 – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) merampas 1,160 kilogram daging kambing segar dari Australia kerana tidak mempunyai logo halal pada pembungkusan.

“Akibat kesalahan tersebut, kesemua daging kambing tersebut dirampas untuk tindakan lanjut,” kata Pemangku Pengarah Maqis Selangor, Zamri Hashim.

Daging kambing segar yang diimport dari negara Australia itu bernilai RM56, 614.70 ketika pemeriksaan dilakukan di Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Rabu lalu.

Tambahnya lagi, pengimportan dagangan daging itu tidak mematuhi syarat permit import yang sah seperti dikeluarkan oleh Jabatan MAQIS.

“Kegagalan mengimport tanpa mematuhi syarat permit menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama enam tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.”

Malaysia pernah dikejutkan dengan isu kartel daging sejuk beku tidak halal November tahun lalu sekaligus mencalarkan nama Malaysia sebagai hub halal di mata dunia.

Susulan isu ini, umat Islam dinasihatkan untuk menunggu pihak berkuasa menjalankan siasatan lanjut dan tidak berbalah sesama sendiri.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: