Tempatan

24 Tan Daging India Tiada Logo Halal Dirampas Di Pelabuhan Klang

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KLANG, 04 Mac 2022 – 24 tan daging kerbau sejuk beku dari India bernilai RM323,000 dirampas oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) di Pelabuhan Klang Barat pada Sabtu lalu kerana tidak mematuhi syarat permit import MAQIS.

MAQIS Selangor berkata, pemeriksaan pada jam 3.25 petang itu mendapati sebuah kontena yang membawa dagangan itu gagal mempamerkan logo halal di dalam kotak dagangan yang dikehendaki seperti mana yang dinyatakan di dalam syarat permit import yang diluluskan.

“Berikutan itu, kira-kira 1,120 karton daging terbabit yang bernilai RM323,000 ditahan untuk tindakan lanjut.

“Kegagalan mematuhi syarat yang ditetapkan pada Permit Import MAQIS menjadi satu kesalahan mengikut Seksyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 yang boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 15(2) akta yang sama.

“Jika disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Siasatan awal mendapati, daging kerbau sejuk beku itu berada di pelabuhan sejak 25 Januari lalu itu dibawa masuk oleh sebuah syarikat tempatan untuk pasaran tempatan.

Katanya, MAQIS mengambil serius dalam isu melibatkan keselamatan makanan, kawalan penyakit dan risiko kemasukan perosak yang boleh mengancam industri pertanian negara.

Semua pengimport dan pengeskport dinasihatkan agar mematuhi peraturan yang telah ditetapkan kerajaan.

“Pada masa yang sama, kita juga akan terus mengimbangi keperluan pemain industri dalam melaksanakan aktiviti perdagangan melalui peningkatan kualiti perkhidmatan, khidmat nasihat dan memudah cara urusan perdagangan yang sekali gus membantu perkembangan ekonomi negara,” jelasnya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: