Antarabangsa

Menteri Keselamatan Israel Seru Tentera Zionis Tembak Wanita, Kanak-Kanak Palestin

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

YAFFA, 13 Februari 2024 – Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben-Gvir dilaporkan menyeru tentera Zionis untuk menembak wanita dan kanak-kanak Palestin di Semenanjung Gaza bagi melindungi tentera haram tersebut, menurut laporan Middle East Monitor yang memetik kepada laporan media Israel.

Kata laporan tersebut, ia adalah sebagai respons kepada Ketua Staf Tentera Zionis Israel, Leftenan Jeneral Halevi yang mengatakan bahawa, “Perintah penembakan di kawasan sempadan diubah mengikut arahan pegawai lapangan setiap hari.”

Ben-Gvir menjawab, “Anda tahu bagaimana musuh-musuh kita beroperasi. Mereka akan menguji kita, mereka akan menghantar wanita dan kanak-kanak, dan akhirnya mereka akan terbukti sebagai pengacau. Jika kita terus begini, kita akan sampai 7 Oktober lagi,” katanya.

“Askar tahu kerumitannya dan jika kita tidak menyelaraskan arahan, kita akan menyaksikan peristiwa yang keras di mana tentera menembak tentera lain,” balas Halevi.

Bagaimanapun, Ben-Gvir menegaskan bahawa tidak boleh ada situasi di mana kanak-kanak dan wanita mendekati mereka dan sesiapa yang menghampiri untuk menjejaskan keselamatan harus ditembak atau kita akan melihat 7 Oktober lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: