Antarabangsa

Lebih 500 Terkorban Dalam Pengeboman Hospital Di Gaza

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

GAZA, 18 Oktober 2023 – Sekurang-kurangnya 500 rakyat Palestin terkorban dalam serangan udara rejim haram zionis Israel ke atas Hospital Al-Ahli Al-Arabi, Gaza awal pagi tadi (waktu Malaysia).

Menerusi sidang media Kementerian Kesihatan Gaza, hospital tersebut dipercayai penuh dengan pesakit dan penduduk Palestin yang tumpang berteduh selepas zionis Israel memberi amaran untuk mengosongkan rumah mereka.

Serangan mengejutkan itu mendapat kutukan dan kritikan ramai pihak termasuk Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh.

Tegasnya, Amerika Syarikat (AS) merupakan dalang sebenar di sebalik serangan hospital berkenaan kerana Washington telah melindungi Israel ‘meneruskan pencerobohan’.

Ketua Liga Arab, Ahmed Aboul Gheit pula mendesak pemimpin antarabangsa menghentikan tragedi ini dengan segera sebagai tindak balas terhadap serangan itu.

Tempelak beliau, “Fikiran jahat apakah yang sengaja meletupkan hospital dan penduduknya yang tidak berdaya? Mekanisme Arab akan mendokumentasikan jenayah perang ini dan penjenayah tidak akan terlepas daripada tindakan mereka.”

Pengeboman hospital itu berlaku pada hari ke-11 konflik semasa, dengan suara kebanyakan pihak yang mengatakan pengeboman Israel ke atas Gaza adalah jelas melanggar undang-undang antarabangsa dan merupakan jenayah perang.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: