‘Al-Aqsa Hanya Milik Israel’ – Menteri Rejim Israel
BAITULMUQADDIS, 23 Mei 2024 – Menteri Keselamatan rejim Israel, Itamar Ben-Gvir menyifatkan Masjid Al-Aqsa ‘hanya milik negara Israel’.
Ia adalah susulan daripada tindakan beberapa buah negara Eropah yang mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara di tengah-tengah perang yang berterusan ke atas Gaza.
Menurut laporan sebuah portal Timur Tengah, menteri berkenaan menyerbu Al-Aqsa pada ketika tiga negara iaitu Sepanyol, Ireland dan Norway mengumumkan pengiktirafan negara Palestin.
Ia sekaligus mendorong negara haram Israel untuk memanggil pulang duta mereka.
“Saya telah jelaskan, negara-negara yang mengiktiraf negara Palestin pagi ini ingin memberikan ganjaran kepada penculik tentera wanita dan ramai penyokong mereka di Gaza.”
“Kami tidak akan menyerah termasuklah pengiktirafan negara Palestin,” katanya dalam satu video yang disiarkan di platform X.