Antarabangsa

Israel Tembak Penduduk Bantah Korek Kubur

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

BAITULMUQADDIS, 14 Oktober 2021 – Pihak berkuasa Israel telah menembak dan menyerang penduduk Palestin yang membantah perkuburan tertua umat Islam dikorek untuk dijadikan taman bertemakan Bible.

Dalam video berdurasi 0.31 saat tersebut, Israel dilihat menggunakan bom tangan pegun menembak penduduk Palestin yang langsung tidak membawa apa-apa senjata sewaktu menyatakan bantahan.

Bukan itu sahaja, penduduk yang bangkit mempertahankan Tapak Perkuburan Al Yousifieh dari dimusnahkan itu turut ditolak dan dikasari oleh tentera Israel.

Insiden ini mengakibatkan kecederaan terhadap dua orang penduduk.

Susulan insiden ini, netizen meninggalkan komen membidas tindakan zalim Israel terhadap penduduk Palestin seperti “#israhell …the real terrorisem..”.

Baru-baru ini, pihak berkuasa Israel dilaporkan telah menghancur dan memusnahkan sebuah tanah perkuburan Islam berhampiran Masjid Al-Aqsa di timur Baitulmuqaddis bagi membina sebuah taman bertemakan Bible dengan kebenaran yang diberi oleh Mahkamah Israel.

Tulang-belulang, tengkorak dan rangka umat Islam bertaburan setelah majlis perbandaran Israel menggunakan mesin jentolak memusnahkan Tapak Perkuburan Al Yousifieh.

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button