Antarabangsa

Jerman Cuba Senyapkan Aktivis Palestin

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BERLIN, 21 Mei 2022 – Kerajaan Jerman didakwa mencuba untuk ‘senyapkan’ suara-suara aktivis yang menyokong Palestin di sana, bahkan Denijal Jegic menyifatkan usaha Jerman tersebut serupa dengan apa yang kerajaan Israel sedang lakukan.

Lapor TRT, aktivis pro-Palestin mendakwa hampir 170 orang ditahan oleh kerajaan Jerman kerana menghadiri protes berikutan pembunuhan kejam wartawan al-Jazeera, Shireen Abu Akleh.

Bukan itu sahaja, kumpulan hak asasi Palestin mendakwa seramai dua orang ‘pemimpin’ solidariti rakyat Palestin telah dikejarkan ke hospital kerana keganasan pihak polis ketika membanteras suara yang menyokong Palestin.

Kerajaan Jerman juga telah mengharamkan sebarang perhimpunan ataupun aktiviti bagi memperingati “Hari Nakba”. Hari Nakba yang jatuh pada 15 Mei adalah tarikh peristiwa pada tahun 1948 di mana rejim pendatang Zionis bertindak ganas menghalau hampir 1 juta rakyat Palestin daripada penempatan asal mereka.

Kerajaan Jerman menyifatkan sambutan Hari Nakba sebagai anti-semitik (anti-Yahudi), di mana pengkritik telah menyifatkan tindakan ini sebagai sebuah “usaha kerajaan Jerman untuk ‘menyucikan dosa’ mereka” ke atas kaum Yahudi yang dibunuh oleh tentera Hitler ketika perang dunia kedua dahulu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: