Antarabangsa

Pelajar Kewartawanan Menghidap Penyakit Otak, Terima Hukuman Penjara

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

HAIFA, 08 September 2022 – Dina Jarada, seorang pelajar kewartawanan di Palestin dijatuhi hukuman penjara selama empat bulan setengah dan denda 6,000 shekel oleh mahkamah tentera rejim haram aparteid Israel kelmarin meskipun menghidap penyakit otak hidrosefalus.

Menurut media Timur Tengah, beliau telah ditangkap pada 7 Ogos lalu dan perbicaraannya dijadualkan pada 5 September baru-baru ini namun terpaksa ditangguhkan kerana keadaan kesihatan yang semakin merosot.

Penyakit yang dihidapi pelajar itu memerlukannya untuk membuat rawatan pengaliran cecair dari kepala secara berkala. Dina yang sepatutnya menerima rawatan perubatan di Hospital Rambam, Haifa, walau bagaimanapun dihantar terus ke Penjara Damon.

Hukuman yang dikenakan ke atasnya dipercayai merupakan sebahagian daripada langkah kejam rejim haram aparteid Israel terhadap wartawan Palestin.

Sebelum ini, Sindiket Wartawan Palestin (PJS) mendedahkan bahawa pihak rejim haram itu telah melakukan sekurang-kurangnya 479 keganasan terhadap wartawan Palestin dalam tempoh separuh pertama 2022.

“Kerja wartawan di Palestin sedang diserang. Kami menggesa kepada organisasi antarabangsa dan hak asasi manusia yang berkaitan untuk mengambil tindakan tegas untuk menghentikan sasaran wartawan oleh pasukan pendudukan,” tegas PJS.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: