Antarabangsa

BRICS Semakin Kuat Dan Mencabar Barat

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

CHINA, 08 September 2022 – Perdagangan antara rakan kongsi BRICS, iaitu gabungan beberapa negara termasuk Rusia dan China, telah mencapai rekod tertinggi walaupun dikenakan sekatan oleh Barat, kata Wang Wen, Dekan Eksekutif Institut Kajian Kewangan Chongyang, Renmin University of China (RDCY).

Menganggap perkara tersebut memberi maksud bahawa model tamadun baharu ekonomi sedang pesat membangun, Wang Wen memaklumkan kini lebih banyak negara ingin menyertai gabungan BRICS, termasuk Arab Saudi, Iran dan Afghanistan.

“Negara-negara ini akan membawa dunia kepada lebih banyak kerjasama dan perdagangan…Saya rasa kita berada dalam zaman tamadun baharu.”

Beliau turut menambah, rekod cemerlang tersebut sekali gus membuktikan bahawa tanpa Barat, dunia masih berfungsi dan berfungsi dengan baik, terutamanya dari segi kerjasama antara Rusia dan China.

Kini, seluruh dunia, termasuk China, Rusia, Brazil, atau negara-negara yang baharu mempunyai nilai dan pemikiran yang berbeza berkumpul di Vladivostok untuk membincangkan masa depan yang sangat penting di mana, saat ini perdagangan Barat semakin merosot dan tidak mampu menguasai dunia lagi, kata Wang Wen.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: