Antarabangsa

AS Tidak Berminat Pertahanankan Kewujudan Palestin – Pakar

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

WASHINGTON, 02 Februari 2023 – Amerika Syarikat (AS) menunjukkan sikap tidak peduli untuk mempertahankan kehidupan Palestin, ujar George Bisharat, seorang profesor di UC College of the Law, San Francisco.

Katanya, “From the United States’ point of view, let’s be real: They don’t give a damn about Palestinian lives. They only care to the extent that these flare-ups interfere with what the United States perceives to be its strategic interests in the region, which have nothing to do with human rights — of anybody, not just the Palestinians.”

George mengatakan, pentadbiran AS melihat letusan keganasan di Israel-Palestin sebagai ‘sulit untuk diuruskan’ sambil mengekalkan sokongan tanpa syarat untuk kerajaan rejim haram aparteid Israel.

Kenyataan tersebut dibuat susulan lawatan Setiausaha Negara AS, Antony Blinken ke tanah jajahan Israel tempoh hari, yang mengulangi pendirian lama terhadap konflik yang berlaku di Palestin ketika ini.

Katanya, “An “ironclad” commitment to Israel, a call for calm, and rhetorical support for the two-state solution.”

Sementara itu, Annelle Sheline, felo penyelidik sebuah badan pemikir di AS pula memaklumkan, walaupun ketegangan semakin meningkat, pentadbiran AS tidak mungkin mengubah haluan dalam masa terdekat.

BACA JUGA: PERHILITAN Tingkatkan Penalti Kesalahan Sehingga RM1 Juta

BACA JUGA: Badan Pemerhati Risau Pegawai KKM ‘Kantoi’ Jumpa Pemain Industri Tembakau

BACA JUGA: Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu: Titik Mula Negara

Ujarnya, dasar pentadbiran Biden terhadap Timur Tengah secara amnya, dan Israel khususnya adalah berdasarkan pada mengekalkan status quo, dan tidak mengakui status quo berubah di bawah kuasa mereka.

“I haven’t seen any inclination from anyone in the administration that they’re interested in trying to pressure Israel. I think they worry about the optics of that,” tambah Annelle.

Walaupun Biden berjanji untuk mengutamakan hak asasi manusia dalam dasar luarnya, pentadbiran AS mendesak untuk mengukuhkan sokongan terhadap rejim haram aparteid Israel yang dipercayai mengenakan sistem aparteid ke atas rakyat Palestin.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: