Tempatan

K. Rineshini Naidu Mengaku Tidak Bersalah Akibatkan Amah Cedera Parah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 08 September 2022 – K. Rineshini Naidu, 35, mengaku tidak bersalah mengakibatkan cedera parah ke atas Zailis, 46, seorang amah warga Indonesia dengan menggunakan sebatang kayu.

Menurut laporan, K. Rineshini yang merupakan seorang pengurus syarikat swasta didakwa di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang boleh membawa kepada hukuman penjara maksimum 20 tahun berserta denda atau sebatan sekiranya disabitkan kesalahan.

Pertuduhan dibacakan di Mahkamah Sesyen Selayang di hadapan Hakim Nor Rajiah Mat Zin. Tertuduh dibenarkan ikat jamin oleh mahkamah dengan jumlah sebanyak RM 8,000, berserta perintah supaya tiada intimidasi dilakukan ke atas mangsa.

Pihak pendakwaan pula memohon supaya kes dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Klang, di mana K. Rineshini berserta suaminya, S Vijiyan Rao, yang merupakan seorang anggota polis, perlu menjawab pertuduhan menyeludup dan mengeksploitasi mangsa bagi tujuan berkerja secara paksa.

Pertuduhan yang berbangkit dari insiden sama ini dibacakan di bawah Seksyen 13 Akta Antipemerdagangan Orang Dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM) yang boleh membawa kepada hukuman penjara seumur hidup, atau penjara tidak kurang 5 tahun dan sebatan.

Bagi kes ini, K. Rineshini dan suami dibenarkan ikat jamin sebanyak RM 10,000. Mahkamah menetapkan 5 Oktober bagi proses sebutan kes.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: