Pemusnahan Hawara Permulaan Penaklukan Semula ‘Tanah Kita’ – Bekas Perisik Israel
TEBING BARAT, 07 Mac 2023 – “Pemusnahan Hawara akan menandakan permulaan penaklukan semula tanah kita,” kata bekas perisik rejim haram aparteid Israel, Jonathan Pollard.
Media Timur Tengah melaporkan bahawa Jonathan menggesa rejim haram memusnahkan kota Hawara di Palestin sekali gus menyertai kumpulan pelampau Israel yang turut menyeru penghapusan kota itu.
Ujarnya, “Terpulang kepada kerajaan sekarang untuk mewujudkan semula kredibiliti, bukan sahaja dengan rakyat kita, malah dengan musuh kita juga, dan itu bermakna malangnya bagi sesetengah pihak, Hawara mesti dihapuskan.”
Jonathan Pollard, bekas perisik Israel telah menghabiskan 30 tahun di penjara kerana mengintip sebagai penganalisis Tentera Laut Amerika Syarikat (AS). Dia telah menjual rahsia AS sebelum ditangkap pada 1986 dan dijatuhi hukuman penjara seumur hidup.
BACA JUGA: Sultan Selangor Puji PM, Tolak LGBT & Negara Sekular
BACA JUGA: Isu Kualiti Makanan Mangsa Banjir, KPWKM Beri Teguran
BACA JUGA: Rumah Mudah Alih Piala Dunia Qatar Bantu Mangsa Gempa Turkiye
Bagaimanapun, AS memberinya parol pada 2015 dan dipindahkan ke ‘Israel’ pada 2020 apabila sekatan parolnya tamat.
Kota Hawara terletak di Tebing Barat tanah Palestin yang diduduki secara haram oleh puak pelampau rejim sejak 1967.
Minggu lalu, Menteri Kewangan rejim, Bezalel Smotrich menyeru penghapusan bandar itu sebelum menarik balik kenyataannya yang diselar sebagai ‘menjijikkan’ oleh Jabatan Negara AS.
Sebelum itu, ahli parlimen Israel berhaluan kanan Zvika Fogel turut menggesa Hawara dibakar dan ditutup malah dikatakan dia telah meluluskan amukan peneroka yang membakar kereta, rumah serta membunuh seorang warga Palestin.