Antarabangsa

Umat Islam Wajib Respon Pencabulan Yahudi Ke Atas Masjid Al Ibrahimi – MAPIM

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia
(Malaysia Consultative Council of Islamic Organizations)
Pejabat / Office Presiden
Tingkat 3, Space U8, Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor.
Mobile +60194744856
Email: [email protected]

Kenyataan Media
3hb Oktober 2022

UMAT ISLAM WAJIB RESPON PENCABULAN YAHUDI KE ATAS MASJID AL IBRAHIMI

Kami mengutuk sekeras- kerasnya pencabulan puak Yahudi Zionis di Masjid Al Ibrahimi di bandar Khalil (Hebron) Tebing Barat Palestin hari ini.

Pagi ini kami mendapat berita terjadi masjid Palestin kedua terpenting selepas Masjid Al Aqsa itu dicerobohi sekumpulan Yahudi yang mencemari masjid dengan menari di dalam masjid dengan bunyi muzik yang sangat kuat.

Masjid Al Ibrahimi sudah berkali-kali dicerobohi tentera dan puak Yahudi tanpa tindakan apa apa sekalipun dari dunia Islam.

Rejim Israel dan puak penduduk haram Yahudi tidak henti-henti melakukan keganasan di bandar itu terhadap penduduk Palestin dan Masjid Al Ibrahimi menjadi sasaran utama.

Kami mendesak kerajaan negara Islam di seluruh dunia bertindak ke atas kebiadaban Israel.

Insiden hari ini akan menjadi pencetus pergolakan yang akan memangsakan warga Palestin oleh keganasan puak Yahudi Zionis.

Kami menggesa Kerajaan Malaysia tidak mendiamkan diri. Usaha membantah dan mengusulkan kepada badan dunia PBB dan OIC segera bertindak ke atas Israel.

Kami menyeru umat Islam di seluruh dunia bertindak menyatakan bantahan serta mengerakkan boikot yang berkesan terhadap Israel dan pihak yang menyokong Israel.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden MAPIM

DS Syekh Ahmad Awang
Pengerusi MANAR

DW Syekh Abdul Ghani Samsudin
Pengerusi SHURA

Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Samudera.my

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: