Tempatan

Kes Loh Siew Hong: Mahkamah Benar Cabar Pengislaman Tiga Anak

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 01 Ogos 2022 – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini membenarkan Loh Siew Hong meneruskan permohonan bagi membatalkan penukaran agama Islam tiga orang anaknya yang dibuat oleh bekas suami, Muhammad Nagahswaran Muniandy yang juga merupakan seorang mualaf.

Dengan keputusan ini, mahkamah akan menetapkan tarikh bagi mendengar merit semakan kehakiman tersebut, lapor media tempatan.

Menurut hakim, Wan Ahmad Farid Wan Salleh, Loh mempunyai tempoh tiga bulan bermula 4 Mac untuk memfailkan tindakan undang-undang bagi mendapatkan pengesahan berkenaan penukaran agama anak-anaknya.

Hakim memaklumkan, agama anak-anak itu telah ditukar pada 7 Julai 2020 tetapi Loh hanya mengetahuinya pada Mac tahun ini, dan Pejabat Peguam Negara (AGC) tidak membantah keputusan memberi kebenaran semakan kehakiman diteruskan.

“Memandangkan pemohon (Loh) hanya dapat tahu pada 4 Mac 2022, dia masih dalam tempoh masa (untuk memfailkan tindakan undang-undang) kerana ia bergantung kepada bila keputusan itu disampaikan kepada pemohon.”

“Pemohon telah melepasi nilai ambang dalam mempertahankan kesnya,” katanya.

Undang-undang berkenaan semakan kehakiman menyatakan tempoh masa untuk memfailkannya bermula daripada tarikh keputusan badan awam dibangkitkan atau tarikh di mana pihak yang terkesan dimaklumkan berkenaannya.

Sebelum ini, Samudera.my melaporkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengenai permohonan semakan kehakiman ibu tunggal, Loh Siew Hong terhadap status penukaran agama secara sepihak anak-anaknya

Srimurugan Alagan yang merupakan peguam kepada Loh Siew Hong memaklumkan bahawa tarikh itu telah ditetapkan semasa prosiding dalam talian semalam di hadapan Hakim Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Beliau yang yakin mengenai hal ini memberitahu ia disebabkan kes Loh adalah mengenai penukaran agama sepihak kanak-kanak di bawah umur, yang mana Mahkamah Persekutuan sebelum ini memutuskan bahawa isu ini dikira tidak sah apabila berpandukan kes yang dibawa oleh kes M. Indira Gandhi.

“Prosiding hari ini bagus dan kami menjangkakan hasil yang positif pada 1 Ogos. Jika kebenaran untuk semakan kehakimannya diberikan, saya menjangkakan pendengaran kes akan berlaku menjelang akhir tahun ini,” ujar beliau.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: