Pendatang Yahudi Sedang Bersiap Menyerbu Al-Aqsa, Rakyat Palestin Digesa Berhimpun
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
BAITULMAQDIS, 04 September 2022 – Rakyat Palestin digesa bergerak dan berhimpun di Masjidil Aqsa bagi mempertahankan kesucian masjid ketiga tersuci umat Islam itu daripada serbuan pendatang rejim haram.
Lapor berita Baitulmaqdis, gesaan tersebut dilancarkan berikutan persiapan pendatang rejim haram untuk menyerbu Masjidil Aqsa bagi meraikan Perayaan Pendamaian atau Yom Kippur yang dianggap hari paling suci dalam agama Yahudi.
Turut dilaporkan bahawa serbuan itu dijangka berlaku pada 5 dan 6 Oktober ini, dan sudah tiba masanya rakyat Palestin mempertahankan Al-Aqsa serta bertindak balas terhadap rancangan pendatang Yahudi.
Sebelum ini, ratusan penceroboh mencemari Masjid al-Aqsa sambil mendapat perlindungan daripada tentera haram rejim aparteid Israel serta melakukan tindakan provokatif dengan menjalankan ritual keagamaan mereka di sana.
Samudera.my juga pernah melaporkan bahawa gerakan pejuang HAMAS mengecam peningkatan kadar perlanggaran Israel terhadap perkarangan Masjidil Aqsa semasa cuti orang Yahudi.