Antarabangsa

Kedutaan Britain Bakal Pindah Ke Baitulmuqaddis, Gereja Palestin Suarakan Kegusaran

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Para pemimpin gereja di kawasan Baitulmuqaddis telah menzahirkan kebimbangan mereka terhadap niat Britain dalam memindahkan kedutaannya ke tempat suci tersebut.

Pada Isnin lalu, Majlis Patriark dan Ketua-Ketua Gereja di Baitulmuqaddis telah memberi amaran bahawa pemindahan kedutaan Britain itu akan melemahkan rundingan politik yang sedang mereka usahakan.

Menurut mereka, “Status quo keagamaan di Baitulmuqaddis adalah penting dalam memastikan keharmonian Bandar Suci ini serta memastikan hubungan baik di antara komuniti-komuniti keagamaan sedunia.”

Hal ini turut mengundang amaran daripada para pemimpin gereja di Britain. Para Uskup Agung di Centerbury dan Westminster baru-baru ini turut menzahirkan kebimbangan mereka mengenai akibat pemindahan kedutaan dari Tel Aziz ke Baitulmuqaddis.

Justin Welby, seorang Uskup Agung di daerah Canterbury telah menunjukkan kebimbangannya mengenai keputusan pemindahan tersebut yang telah dibuat oleh Perdana Menteri baharu Britain, Liz Truss ketika mesyuarat bersama Perdana Menteri Israel, Yair Lapid pada September lalu.

Britain telah lama menempatkan kedutaannya di Tel Aviv sebagai sebahagian daripada polisi mereka. Jika ianya dipindahkan ke Baitulmuqaddis, ianya seolah-olah menurut jejak langkah mantan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Trump sewaktu memegang tampuk pemerintahan AS telah bertindak memindahkan kedutaan AS ke Baitulmuqaddis, walaupun tindakannya itu telah mengundang kutukan dari pelbagai pihak.

Berkenaan dengan niat Britain untuk mengikut jejak langkah Trump, Majlis Muslim Britain telah menyatakan bantahan mereka melalui sepucuk surat yang ditujukan kepada kerajaan Britain dengan mengatakan bahawa pemindahan tersebut akan mengesahkan pendudukan haram Baitulmuqaddis oleh rejim haram aparteid Israel.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: