Tempatan

Berkongsi ‘Cross Examination’ Pembelaan Siti Bainun, Peguam Diselar Netizen

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 16 April 2022 – Hafidzah Hassan, seorang pengamal undang-undang, telah memuatnaik sebahagian ‘cross examination’ (pemeriksaan balas) peguam pembelaan Siti Bainun yang disambut dengan kecaman oleh pengguna internet

Perkongsian tersebut dilakukannyaa melalui sebuah ciapan di laman Twitter, di mana ciapan tersebut berkongsikan kandungan sesi soalan balas kes penderaan Bella melibatkan seorang saksi yang dikenali sebagai Yasmin.

BACA: Vaksin AstraZeneca Ada Babi: Malaysia Akan Kaji Bahan Dalam Vaksin

BACA: KP Kesihatan Sahkan Berlaku Kes Radang Jantung Selepas Vaksin

BACA: Tahniah David Marshel, Waktu Untuk Tanggalkan Tudung Mereka

Peguam tersebut mendakwa bahawa saksi bernama Yasmin itu mengakui bahawa beliau (Yasmin) ada menulis di dalam diarinya yang menyalahkan seseorang bernama “Miss Zxxxxxxx” kerana kononnya mengada-adakan cerita tentang Siti Bainun.

“Miss Zxxxxxxx. Saya harap masalah ini semua masalah akan tamat. Segera. Saya tahu dia ada-adakan kebanyakan cerita (palsu) tentang Cik Siti Bainun,” kongsi Hafidzah di laman Twitter beliau.

Namun, pengguna internet mengkritik perbuatan peguam tersebut yang didakwa cuba untuk ‘membersihkan’ nama Siti Bainun dalam keadaan kes masih berjalan di mahkamah.

“Ya. Saya tahu pembelaan dia (Siti Bainun) adalah tugasannya. Tapi untuk buat hantaran umum seperti ini adalah sangat tidak perlu dalam keadaan kes masih berjalan,” ujar seorang pengguna.

“Mewakili seseorang yang didakwa di mahkamah kerana mendera kanak-kanak istimewa adalah tugasan kamu – saya hormatinya.”

“Menulis sebuah ‘bebenang’ (rantaian ciapan di Twitter) panjang di Twitter peribadi kamu adalah pilihan yang kamu buat secara sedar; Macam mana kamu boleh tidur di malam hari?” soal Faizal Hamssin, pakar komunikasi.

Seorang pengguna lain turut memberikan perlian ‘pedas’ terhadap perbuatan peguam tersebut.

“Selama ni aku cukup marah bila orang cakap lawyer ni sebelah kaki di neraka, tapi bila difikirkan semula…” ujar Luqman Hakkim.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: