Antarabangsa

Pejabat Wakil Singapura Mula Operasi di Palestin

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PALESTIN, 20 Oktober 2022 – Pejabat Wakil Singapura mula beroperasi pada Selasa di Ramallah, pusat pemerintahan kerajaan Palestin yang terletak di kawasan Tebing Barat.

Menurut laporan, usaha ini adalah bertujuan bagi memperkukuh hubungan antara pihak berkuasa Palestin dengan kerajaan Singapura.

Dr Maliki Osman, Menteri Negara Kanan di Kementerian Luar Negeri Singapura menyatakan bahawa usaha ini adalah sebagai sebahagian daripada komitmen Singapura terhadap rakyat Palestin.

“Ianya adalah bukti kepada komitmen kita untuk melakukan lebih lagi buat pihak berkuasa Palestin. Ianya merupakan harapan saya bahawa dengan pembukaan pejabat ini hubungan antara Singapura dan warga Palestin akan lebih erat,” ujar beliau.

Beliau turut menyuarakan harapan supaya kerajaan Palestin dapat menjadi sebuah negara yang merdeka dalam ucapan yang sama.

Usaha ini adalah sebahagian dari inisiatif Bantuan Teknikal Diperkemas sebanyak USD 10 juta buat rakyat Palestin, di mana ia dirancang oleh Menteri Luar Singapura, Vivian Balakrishnan, yang membuat lawatan ke Palestin pada Mac tahun ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: