Antarabangsa

Türkiye Berkabung 3 Hari, Penghormatan Kepada Syuhada Gaza

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ISTANBUL,19 Oktober 2023 – Turkiye mengisytiharkan berkabung peringkat nasional selama tiga hari bagi menghormati para syuhada yang terkorban dalam serangan rejim zionis ke atas Gaza baru-baru ini.

Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan berkata, perkabungan nasional ini adalah keperluan untuk menghormati ribuan syuhada, yang kebanyakannya adalah kanak-kanak dan orang awam yang tidak bersalah.

Menerusi ciapannya juga, Erdogan meluahkan, “Di Turkiye, kami merasakan penderitaan hebat saudara dan saudari Palestin dalam hati kami.”

Setakat ini, Kementerian Kesihatan Gaza mengumumkan sekurang-kurangnya 3,478 rakyat Palestin terbunuh dan 12,065 cedera dalam serangan rejim haram Israel di wilayah Gaza.

Rakyat di sana juga sedang mengalami krisis kemanusiaan teruk tanpa bekalan elektrik manakala bekalan air, makanan, bahan api dan perubatan juga kehabisan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: