Tempatan

Bekas Pelajar MRSM Menang The Donald Janssen Dike Award For Excellence In Undergraduate Research

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SABTU, 04 Jun 2022 – Ainil Asyikin binti Norazman yang merupakan bekas pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pengkalan Chepa, Kelantan (SPM 2014) telah berjaya mendapat tempat pertama sekaligus merangkul “The Donald Janssen Dike Award for Excellence in Undergraduate Research”.

Beliau membuat kajian yang bertajuk “Automated Defect Detection: An end-to-end Pipeline From Data to Deployment” iaitu mengupas penyelesaian permasalahan dalam bidang industri pembuatan kepada penggunaan teknik yang boleh menjimatkan masa dan kos kepakaran dalam mengesan sesuatu kerosakan.

Atas kejayaaan itu, Aini Asyikin menerima wang tunai berjumlah USD$2,000.00 (RM8,782.00).

Ainil Asyikin juga merupakan penerima Anugerah Biasiswa Perdana sehingga melayakkan beliau membuat persediaan ke luar negara di bawah United World College bertempat di IB World School, Las Vegas, New Mexico.

Selain itu, beliau turut dicalonkan dalam Sigma Xi iaitu pertubuhan profesional antarabangsa yang terlibat dalam pelbagai disiplin kajian Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM).

Majlis Amanah Rakyat (MARA) menerusi laman rasmi Facebook mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan Ainil Asyikin yang membanggakan MARA.

“Semoga kejayaan beliau juga memberi inspirasi kepada seluruh pelajar di bawah Institusi Pendidikan MARA (IPMA).”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker