Tempatan

Ceramah Hina Institusi Diraja, Polis Buka Siasatan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JOHOR BAHRU, 16 Mac 2023 – Polis Negeri Johor telah menjalankan siasatan terhadap seorang penceramah yang mengeluarkan kenyataan berunsur penghinaan terhadap institusi diraja.

Menerusi sebuah kenyataan media di laman Facebook, Ketua Polis Johor, Dato’ Kamarul Zaman bin Mamat berkata, pada 15 Mac 2023, pihak polis menerima satu laporan bersabit satu hantaran video di aplikasi TikTok yang memaparkan seorang penceramah lelaki mengeluarkan kenyataan berbunyi,

“Ulama pewaris nabi. Maknanya Raja, Sultan kena duduk bawah ulama. Perdana Menteri, Menteri-Menteri kena duduk di bawah ulama. Ulama atas sekali.”

Kenyataan tersebut menerima sebanyak 16 laporan polis di negeri itu dan satu siasatan telah dijalankan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

BACA JUGA: Banjir: Kerajaan Benarkan Pelajar Ke Sekolah Dengan Pakaian Bebas

BACA JUGA: Malaysia Perlu Bangunkan Industri Gula Sendiri

BACA JUGA: Kadar Zakat Fitrah Selangor Kekal Ikut Harga Beras Dimakan

“Jika disabitkan kesalahan, hukuman bagi akta hasutan adalah penjara selama 3 tahun dan denda RM5,000.00 atau kedua-duanya sekali,” memetik kenyataan itu.

Manakala di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan iaitu kenyataan yang mendatangkan kegentaran awam serta menggugat keharmonian negara, jika disabit kesalahan, pesalah boleh dihukum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Sementara bagi Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, pesalah boleh dihukum penjara tidak melebihi satu tahun atau denda tidak melebihi RM50,000 atau kedua-duanya sekali.

Justeru itu, polis Johor menggesa orang awam agar lebih berwaspada dalam membuat sebarang kenyataan yang boleh mengundang ketidakharmonian dan mendatangkan kegentaran awam.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: