Tempatan

Palestin Berdarah: Israel Sedang Mulakan Perang – Dr Noorazman Mohd Samsuddin

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 14 Mei 2021 – Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan MyAqsa, Dr Noorazman Mohd Samsuddin berkata, berdasarkan maklumat yang diperoleh secara langsung daripada pimpinan di Masjid al-Aqsa, keadaan semasa sangat kritikal.

“Maklumat dari pimpinan di Al-Aqsa memberitahu, ‘Keadaan sangat kritikal. Tentera cuba mengawal sempadan dan pagar Al-Aqsa. Dan bagi kami (rakyat Palestin), ini adalah perkara hidup atau mati. Jika mereka berjaya menghalau keluar 28 keluarga rakyat Palestin di penempatan Sheikh al-Jarrah, kawasan timur Jerusalem, mereka boleh merampas Al-Aqsa dengan mudah’.”

Ulas beliau yang juga Presiden Pertubuhan Kemanusiaan Antarabangsa Malaysia (MHO) ini, tentera Israel dilihat sedang cuba memulakan peperangan dan sengaja mengalihkan perhatian masyarakat terhadap Gaza.

“Maknanya mereka sedang cuba memulakan peperangan. Juga disebutkan, setelah mereka mulakan di Al-Aqsa, mereka sekarang mulakan ke Gaza nak alihkan (perhatian) supaya orang tak tengok Masjid al-Aqsa, (tetapi) tengok Gaza.”

Tambah beliau lagi dalam sidang media bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Selasa baru-baru ini, Israel juga bahkan membuat poster iklan mengajak kaum Yahudi masuk merempuh dan melakukan kekacauan di Masjid al-Aqsa.

“Ketua Rabai Israel mengajak orang-orang Yahudi untuk berkumpul di Masjid al-Aqsa secara beramai-ramai dan melakukan kekacauan agar mereka dapat menguasai bahagian dalaman Masjid al-Aqsa.”

“Ini adalah iklan yang dibuat secara terang-terangan. Maknanya, dia bukan setakat dua tiga orang pergi, tetapi secara tersusun dan ada strategi.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: