Antarabangsa

Al-Aqsa Diserang Lagi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

BAITULMAQDIS, 8 Mei 2021 – Sekurang-kurangnya 178 rakyat Palestin cedera dan 88 orang dimasukkan ke hospital dalam serangan terbaharu polis Israel terhadap rakyat Palestin di Masjid Al-Aqsa dan Jerusalem.

Menurut sebuah portal luar negara, polis Israel menyerang rakyat Palestin dengan bom tangan ketika mereka sedang menunaikan solat tarawih di Masjid Al-Aqsa mengakibatkan ratusan terperangkap di dalam masjid termasuklah kanak-kanak.

Ketegangan meningkat setelah puluhan ribu rakyat Palestin memprotes tindakan Israel mewujudkan penempatan baharu dan mengusir keluar penduduk Palestin.

Susulan kejadian ini, pihak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menggesa Israel menghentikan pengusiran keluar secara paksaan terhadap rakyat Palestin dan menyatakan tindakan ini adalah “jenayah perang”.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: