Tempatan

JUSTIFIKASI SUNTIKAN VAKSIN KEPADA KANAK-KANAK 12 TAHUN -PPIM

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

Walaupun ada pelbagai persoalan asas mengenai vaksin COVID-19 tidak berjawab oleh pihak-pihak tertentu, kini suntikan vaksin pula telah dicadangkan untuk dikenakan terhadap kanak-kanak berumur 12 tahun ke atas.

Bagi kanak-kanak pula kita juga sedar bahawa sejak lahir seseorang kanak-kanak itu telah didedahkan tidak kurang dari 15 jenis vaksinasi untuk pertahanan kepada pelbagai penyakit berjangkit dan tidak berjangkit. Tidak kurang juga ada vaksin yang diwajibkan untuk beberapa jenis penyakit.

Sehingga kini, adakah terdapat sebarang dapatan saintifik yang menjurus kepada keselamatan vaksin ini jika disuntik kepada kanak-kanak bawah 12 tahun?

Oleh yang demikian, kami menggesa pihak kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan memberikan justifikasi yang konkrit untuk menyuntik vaksin COVID-19 terhadap kumpulan ini.

Setakat ini juga, kami telah mendapat laporan terhadap beberapa kes yang memberi kesan-kesan mudarat vaksinasi COVID-19 yang dikatakan ‘isolated’ oleh pihak berkuasa.

Kami juga menggesa agar kerajaan menimbang semula cadangan untuk suntikan vaksin ini terhadap kanak-kanak sehingga sebarang kajian yang menyeluruh dikeluarkan dan sasaran imuniti kelompok dicapai di kalangan kumpulan warga dewasa negara ini.

Kami yakin pihak berkuasa sedar akan terdapat banyak pandangan dari pelbagai pihak berotoriti antarabangsa telah mengeluarkan pelbagai pendapat dan pandangan terhadap kesan buruk hasil dari vaksinasi ini.

PPIM juga sedar yang pihak kerajaan amat patuh dengan apa jua syor, prosidur dan strategi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam menangani wabak ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: