Antarabangsa

Hentikan Jenayah Apartheid Rejim Zionis! – Amnesty

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BAITULMUQADDIS, 06 Februari 2022 – “Kami mendapati bahawa dasar kejam dilakukan rejim Zionis merentasi semua wilayah yang dijajahnya jelas menyamai apartheid. Masyarakat antarabangsa wajib bertindak,” jelas Setiausaha Agung Amnesty International, Agnes Callamard.

Dipetik daripada The Jerusalem Post, pertubuhan berhaluan kiri itu menegaskan dalam laporan baharu setebal 211 muka surat mengenai masyarakat antarabangsa mesti menguatkuasakan sekatan terhadap Israel atas jenayah apartheid, selain sekatan pembekalan senjata terhadap ‘negara haram’ tersebut.

BACA: KP Kesihatan Sahkan Berlaku Kes Radang Jantung Selepas Vaksin

BACA: Kes Sejumlah Banduan Kajang Mati Lepas Dos Ketiga, PPIM Tuntut Penjelasan

BACA: Dos Penggalak Mungkin Bawa Penderitaan: “Istikharah Dahulu” – Mufti Perlis

Agnes Callamard memaklumkan bahawa pertubuhan itu akan melancarkan kempen memperkukuhkan kepentingan masyarakat antarabangsa untuk keadilan, menuntut pemimpin dunia mengambil tindakan berasaskan hak asasi manusia menamatkan kekejaman Israel yang menindas penduduk Palestin tanpa rasa takut.

Beliau dengan tegas berkata, negara yang terus membekalkan senjata kepada Israel dan melindunginya, juga menyokong dasar apartheid yang memburukkan lagi penderitaan rakyat Palestin.

Penerbitan laporan setebal 211 muka surat itu merupakan permulaan kempen oleh pertubuhan tersebut dan 10 juta anggotanya menekan Israel menghentikan amalan apartheid.

Selain daripada itu, menurut portal Middle East Eye, seorang agensi perisikan dalaman Israel, Shin Bet mengaku telah menggunakan perisian pengintip bagi menjejaki telefon bimbit warga Palestin dan membuat hantaran mesej berunsur ugutan terhadap mereka.

“Hello! Anda dikenal pasti telah mengambil bahagian dalam tindakan ganas di Masjid Al-Aqsa. Kami akan menghukum anda – perisikan Israel,” mesej yang ditulis dalam Bahasa Arab itu dihantar oleh Shin Bet pada Mei tahun lalu.

Middle East Eye mengatakan, mesej ugutan itu dihantar semasa berlakunya protes di Timur Baitulmaqdis berikutan kawasan kejiranan Sheikh Jarrah dihalau dari rumah dan diserahkan kepada rakyat Palestin untuk memberi laluan kepada peneroka dan menyerbu Masjid al-Aqsa oleh tentera Israel.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: