Tempatan

Darah Palestin: Pemimpin Islam Perlu Bertindak. Bukan Sekadar Bercakap – MAPIM

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 15 Mei 2021 – Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Abdul Hamid menggesa semua pemimpin negara-negara Islam agar segera bertindak untuk Palestin dan bukannya berhenti selepas sekadar melontarkan kata-kata berbaur kebimbangan dan kecaman terhadap serangan tidak berperikemanusiaan ke atas Baitulmaqdis, Al Aqsa dan Gaza.

“Selama lebih 70 tahun penduduk Palestin terpaksa berdepan tindakan yang tidak berperikemanusiaan dan dinafikan hak paling asas untuk meneruskan kehidupan.”

“Setiap hari bahkan setiap minit kelewatan anda bertindak bermakna akan terdapat kehilangan nyawa di Gaza serta Tebing Barat dan yang paling teruk ialah martabat Al Aqsa yang suci akan musnah habis”.

Tambah beliau, penduduk Palestin telah dilayan seperti penjenayah hanya kerana mereka beragama Islam.

Dalam perkembangan lain, Editor Meja Mandarin dan Ketua Editor Berita Mandarin Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang menggelar kumpulan Hamas sebagai kumpulan pengganas baru-bari ini telah dipanggil untuk memberikan penjelasan dan laporan lengkap.

Berita Mandarin yang disiarkan RTM pada hari tersebut menyatakan: “Kumpulan militan Hamas di Gaza telah melancarkan beberapa roket ke arah Jerusalem dan selatan Israel menyebabkan tentera Israel melancarkan serangan udara ke atas kubu kuat Hamas di utara Gaza”.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah mengesahkan bahawa pegawai terlibat juga telah dikenakan surat tunjuk sebab dan siasatan lanjut sedang dilaksanakan oleh pihak pengurusan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: