NGO

Krisis Telur Berbulan-Bulan, Adakah Ayam Malaysia Sudah ‘Mandul’? – PPIM

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 18 Januari 2023 – Krisis telur yang berlarutan sejak berbulan-bulan meninggalkan sebuah tanggapan adakah ayam di Malaysia sudah ‘mandul’ sehingga tidak mampu lagi untuk bertelur.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menerusi hantaran di Facebook rasminya berkata, biarpun Kerajaan telah mengimport telur dari luar, namun, harga telur import tersebut lebih mahal biarpun grednya lebih rendah.

BACA JUGA: GEMPAR!! Masjid Diroboh Untuk Besarkan Jalan

BACA JUGA: Ops Gerak: 3 Kenderaan Diesel Ditahan Gagal Mematuhi Piawaian

BACA JUGA: Malaysia-Indonesia Perlu Bekerjasama Kuasai Industri Halal Global – Duta Indonesia

“Akhirnya orang masih juga cari telur tempatan tapi itu pun susah nak dapatkan stok.”

“Tertanya-tanya juga, sudah berbulan-bulan kekurangan telur ini adakah ayam-ayam kita sudah ‘mandul’ hingga tidak mampu bertelur,” soal PPIM.

Kata PPIM lagi, sudah bertahun-tahun negara ini mengecapi kemerdekaan namun belum pernah ada masalah kekurangan telur seperti yang berlaku ketika ini yang dilihat bagai tiada kesudahan.

“Jika tidak diselesaikan, tidak mustahil krisis ini akan berlarutan sepanjang tahun ini?” memetik kepada hantaran itu lagi.

Sebelum ini, samudera.my pernah melaporkan bahawa kekurangan telur domestik akan mula berlaku mulai Januari tahun ini di mana ia akan menyusut sehingga 40 peratus.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: