Tempatan

Surat Dari Penjara: PPIM Gesa Kaji Semula Pemberian Vaksin

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 05 Januari 2022 – “Sidang Media PPIM – Banduan Maut Dicucuk Vaks1n” semalam, mendedahkan mengenai surat dari penjara yang diutus oleh Timbalan Ketua Pengarah Penjara Kajang Tuan Mohd Andri bin Md. Ridzuan kepada Pegawai Kesihatan Daerah mengenai AEFI (Adverse Effects Following Immunisation) dan kematian di Penjara Kajang.

Menurut surat yang bertarikh 30 November 2021 yang tular di media sosial itu, Tuan Mohd Andri meluahkan keprihatinannya terhadap 4,185 tahanan penjara di bawah jagaannya dan mereka yang telah diberi suntikan vaksin.

Beliau menyatakan pada bulan September dan Oktober 2021, daripada 4,185 tahanan di Penjara Kajang, sejumlah 18 kes AEFI telah direkodkan tidak berapa lama selepas diberikan vaksin.

Daripada 18 kes tersebut pula, terdapat dua kematian, tiga mengalami gejala berkaitan jantung, tiga kes strok bell palsy, lemah anggota dan kecederaan saraf.

Manakala tiga kes abscess berjarak, bermakna abscess yang timbul tidak pada tempat yang divaksin tetapi di tempat lain, di mana dua daripadanya memerlukan pembedahan dan enam kes jangkitan paru-paru.

“18 kes AEFI ini mewakili 0.0043 peratus daripada jumlah penghuni di Kajang. Jika seluruh tahanan seluruh Malaysia diberikan vaksin dan sekiranya peratusan sama sebanyak 0.0043 itu digunakan sebagai kayu pengukur, kita mungkin akan menyaksikan kadar korban sebanyak 299 tahanan,” kata Setiausaha Anti Mandate Vaccination Immunisation Commity (AMVIC) Raymond Raj.

Justeru ujar Raymond, atas keprihatinan, PPIM menggesa pemberian vaksin untuk tahanan penjara ini dikaji semula, atau mungkin memberikannya atas keperluan sahaja.

“Misalnya vaksin hanya diberikan kepada mereka yang bakal dibebaskan. Semua tahanan yang masih ditahan di penjara, yang masih tidak mempunyai apa-apa interaksi dengan pihak luar, tidak perlu divaksin.”

Dalam sidang media tersebut, PPIM turut mengajukan beberapa soalan kepada pihak kerajaan, seperti apakah tindakan terhadap surat tular dari penjara, adakah kesemua 4,185 tahanan di Penjara Kajang telah diberikan dos penggalak dan adakah ujian patologi terperinci dijalankan untuk semua kes kematian. Jika ya, adakah ahli keluarga yang mati diberikan maklumat yang benar?

“Tujuan PPIM adalah cuma ingin mengetahui apakah keadaan yang sebenarnya,” ujar Ketua Aktivis Persatuan Pengguna-Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Dato’ Nadzim Johan pula.

Leave a Reply

Back to top button