Tempatan

Lebih 20,000 Polis Terkesan COVID-19 & Vaksin, PPIM Tuntut Ketelusan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 05 Januari 2022 – Persatuan Pengguna-Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menuntut kerajaan untuk mendedahkan sama ada 23,766 pegawai dan anggota polis serta ahli keluarga mereka yang telah dijangkiti COVID-19 telah divaksinasi atau tidak.

“Kita ni membawa kerisauan rakyat. Pasal ada juga keluarga polis dan tentera pun ada, yang nak datang nak beri maklumat, contohnya polis ni lah, yang 20 ribu lebih kita tengok terkesan, macam-macam.”

“Kita pun tak tahu nak cakap macam mana. Jadi kita nak kenyataan yang jelas. Maksudnya ini termasuk, yang dijangkiti COVID-19 ini, dah divaksinasi ke tidak?” soal Dato’ Nadzim Johan dalam “Sidang Media PPIM – Banduan Maut Dicucuk Vaks1n” yang diadakan secara atas talian semalam.

Kata beliau yang dikenali dengan nama Toqqi, PPIM mahukan penjelasan agar tindakan lanjut boleh diambil dalam perkara ini.

Ujar beliau lagi, sebelum ini, Tan Sri Muhyiddin pernah membuat kenyataan bahawa mereka yang lengkap dua dos vaksin akan diberikan kelonggaran SOP. Kini, lain pula ceritanya.

“Pasal kalau ikutkan, yang divaksinasi ini menurut apa yang Tan Sri Muhyiddin katakan dulu, dua injection, boleh merentas ke sana ke ke sini. Ini dah dua tak cukup. Nak tambah tiga. Kalau tiga tak ada, nak cancel kelebihan. Kita rakyat. Kita tak ada apa kuasa. Kita tiada upaya. Tapi kita dapat aduan macam-macam yang kena berhenti kerja, yang kena berhenti sekolah, macam-macam.”

Setiausaha Anti Mandate Vaccination Immunisation Committee (AMVIC) Raymond Raj juga dilihat senada dengan Toqqi.

“Apakah keadaan pegawai-pegawai dan kakitangan-kakitangan kerajaan, frontliner yang sakit. Kita tidak tahu angkanya. Yang kita tahu jumlah ialah keluarga yang beruniform PDRM sahaja.”

Tambah beliau, “Seperti yang Dato’ Nadzim Johan kata, bagaimana dengan angkatan tentera Malaysia, bagaimana dengan bomba, bagaimana dengan pegawai-pegawai lain yang ditugaskan?”

Justeru, PPIM sekali lagi menegaskan agar kerajaan mendedahkan keadaan dan perkara sebenar mengenai pegawai, anggota dan ahli keluarga pihak polis yang dijangkiti COVID-19.

“Kita mengharapkan perkara ini dapat penjelasan. Contohnya dalam keluarga polis ini, kita nak tengok betul-betul berapa sebenarnya supaya kita boleh ambil tindakan. Kalau tidak kita nak buat apa? Adakah kita nak diam?”

“Kita letak dalam Youtube pasal vaksin, dah disekat dan ditahan,” kata Toqqi dengan kesal.

Disember lepas, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mazlan Lazim memaklumkan, seramai 23,766 pegawai dan anggota polis serta ahli keluarga mereka telah dijangkiti COVID-19, sejak pandemik tersebut melanda negara. Sebanyak 39 kes kematian direkodkan dalam kalangan pegawai dan anggota polis. Ia terdiri daripada empat pegawai kanan dan 35 pegawai rendah.

Pegawai awam yang meninggal dunia akibat COVID-19 pula adalah seramai tiga orang dan anggota keluarga polis pula seramai 118 orang.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: