Antarabangsa

Syuhada Gaza Cecah Lebih 5 Ribu Orang Termasuk 2,055 Kanak-Kanak

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

GAZA, 24 Oktober 2023 – Angka kematian rakyat Palestin akibat serangan udara rejim zionis di Semenanjung Gaza meningkat kepada 5,087 orang termasuk 2,055 mangsa adalah kanak-kanak.

Jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza, Ashraf Al-Qudra melaporkan, jumlah tersebut juga termasuk 1,119 wanita dan 217 warga emas yang menjadi korban pengeboman kejam Israel.

Tambah beliau, 15,273 mangsa turut cedera dalam serangan berkenaan.

Dalam pada itu, pendudukan Israel telah melakukan 23 pembunuhan beramai-ramai pada Isnin di mana 436 rakyat Palestin terbunuh, termasuk 182 kanak-kanak.

Kementerian itu turut menerima laporan kira-kira 1,500 mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: