Tempatan

PERHATIAN: Penutupan Jalan Sementara Di Sekitar Bandar Penawar Bermula 12 Mei Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KOTA TINGGI, 09 Mei 2023 – Penutupan jalan sementara bermula 12 Mei ini sehingga 16 Mei 2023 di beberapa jalan di sekitar Bandar Penawar bagi program Desaru Coast Multi Sport Festival (Ironman 70.3 Desaru Coast).

Menurut kenyataan yang dimuat naik Majlis Perbandaran Pengerang (MPP) di laman Facebooknya, pemakluman awal berhubung penutupan jalan tersebut adalah sebagai persediaan supaya pengguna jalan raya yang akan menggunakan laluan yang terlibat untuk menggunakan jalan alternatif bagi ke destinasi yang dituju.

BACA JUGA: SAREX LIMA ’23: Larangan Terbangkan Dron Di Langkawi, Kedah

BACA JUGA: Bayaran Bulanan Meningkat, Kenaikan OPR Tambah Beban Rakyat

BACA JUGA: Kumpulan Aktivis Bantah Cadangan Bina LRT P.Pinang

Untuk makluman, sebanyak empat kategori yang bakal dipertandingkan iaitu Ironman 70.3 Desaru Coast, 5150 Triathlon, Sprint Triathlon dan Ironkids.

Berikut merupakan jadual penutupan jalan bagi acara Ironman 2023.

jadual-penutupan-jalan-bagi-acara-Ironman-2023.jpg?resize=780%2C587&is-pending-load=1#038;ssl=1

Sehubungan itu, pihak MPP menyenaraikan cadangan laluan alternatif bagi pengguna yang akan ke kawasan sekitar Bandar Penawar dari Tol SDE, Kota Tinggi, Sedili dan Mersing, iaitu:

1) Laluan Alternatif Ke Desaru Coast Dari Arah SDE, Kota Tinggi, Sedili dan Mersing

Dari arah Kota Tinggi, SDE, Sedili dan Mersing:
i. Jalan FT92 (Jalan Kota Tinggi – Pengerang) – Jalan FT90 – Persiaran Pantai
ii. Jalan FT92 (Jalan Kota Tinggi – Pengerang) – Jalan J223 (Jalan Ladang Siang) – Persiaran Desaru Utama – Jalan FT90 – Persiaran Pantai

2) Laluan Alternatif Ke Desaru Coast Dari Arah Punggai, Pengerang dan Sungai Rengit

Dari arah Punggai, Pengerang dan Sungai Rengit:
i. Jalan FT92 (Jalan Kota Tinggi – Pengerang) – Jalan Dato Onn – Jalan Dato Abdul Hamid – Jalan FT90 – Persiaran Pantai

Dalam masa yang sama, pihak MPP memaklumkan bahawa laluan untuk ke Desaru Coast hanya akan menggunakan Jalan FT90 dan Persiaran Pantai dengan kawalan daripada pihak polis serta urusetia.

Para pengguna turut dinasihatkan untuk mematuhi papan tanda amaran keselamatan dan mematuhi had kelajuan serta arahan kakitangan yang bertugas bagi memastikan perjalanan yang lancar dan selamat sepanjang laluan tersebut.

“Semoga pemakluman ini memberi manfaat buat semua demi kelancaran dan keselamatan pengguna jalan raya,” memetik kepada hantaran tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: