Antarabangsa

MP Negara Haram Aparteid Israel Gesa Sebahagian Besar Masjid Al-Aqsa Dirampas

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BAITULMUQADDIS, 09 Jun 2023 – Ahli parlimen negara haram aparteid Israel menggesa agar sebahagian besar Masjidil Aqsa ‘dibahagikan’ antara Muslim dan Yahudi.

Amit Halevi, anggota Knesset Israel telah mengemukakan rancangan tersebut dalam sebuah temu bual dan mencetuskan kebimbangan besar di kalangan rakyat Palestin yang sekian lama bimbang sekiranya tapak suci itu dirampas.

Beliau menggariskan rancangan ‘membahagikan’ kompleks Masjidil Aqsa seluas 37 ekar kepada dua bahagian, di mana kawasan besar kompleks tersebut ditinggalkan untuk penganut Yahudi termasuk kawasan terletaknya Kubah Al-Sakhrah, manakala umat Islam hanya ditinggalkan dengan hujung selatan yang mempunyai Masjidil Aqsa.

Selain itu, beliau juga mencadangkan supaya kuasa dan kawalan Jordan ke atas Al-Aqsa dihapuskan sedangkan keluarga diraja Jordan adalah penjaga kedua-dua tapak suci Muslim dan Kristian di Baitulmuqaddis sejak sekian lama.

BACA JUGA: “Daripada Angkat Bak Kut Teh, Baik Isytihar Sup Ekor Sebagai Makanan Kebangsaan” – Mantan Presiden ISMA

BACA JUGA: Vaksin COVID-19: Kesan Sampingan ‘Kematian’ Tidak Dimasukkan Kerana Aplikasi “Terhad”

BACA JUGA: Tumbuk Muka dan Kereta Orang Awam, Individu Dipercayai Mabuk Ditahan

Dalam pada itu, ahli Knesset berkenaan juga berkata, “Jika mereka [Muslim] bersolat di sana [Al-Aqsa], ia tidak menjadikan seluruh Al-Aqsa sebagai tempat suci umat Islam. Ia bukan dan ia tidak akan berlaku.”

Tambahnya lagi, “Kami akan mengambil bahagian hujung utara dan berdoa di sana. Seluruh gunung itu suci bagi kami, dan Kubah Al-Sakhrah adalah tempat di mana Kuil berdiri. Ini harus jadi garis panduan kami. Israel sedang memimpin. Ia akan menjadi kenyataan sejarah, agama dan kebangsaan.”

Mengulas lanjut, Amit turut berusaha mengubah akses penganut Yahudi melawat Al-Aqsa malah menuntut agar mereka dibenarkan masuk melalui pintu lain dan bukan hanya pintu Maghribi Barat Daya, sedangkan kesemua 15 pintu masuk masjid dikawal sepenuhnya oleh tentera rejim haram Israel dan tidak boleh diakses oleh rakyat Palestin.

Perkara ini mencetuskan kebimbangan majoriti rakyat Palestin apabila ia merupakan isyarat ke arah perluasan kawalan Israel ke atas Masjidil Aqsa dan mengubah status quo tapak suci umat Islam itu.

Penduduk Palestin turut berpendapat bahawa pencerobohan puak Yahudi adalah percubaan ultra-nasionalis untuk mengakui pemilikan agama ke atas kompleks Masjidil Aqsa dan menghapuskan budaya dan agama Palestin daripada tapak berkenaan.

Sebagai langkah menghentikan pencerobohan, rakyat Palestin telah lama menganjurkan sit-in keagamaan di mana jemaah berkumpul di masjid selama berjam-jam bahkan sehingga berhari-hari.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: