Tempatan

NGO Kesal OIC Gagal Lindungi Masjidil Aqsa

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 22 Ogos 2023 – “Masjid itu telah menjadi pusat untuk perjuangan penentangan oleh rakyat Palestin untuk membebaskan Al Quds.”

“Kami kesal kerana OIC gagal melindungi masjid itu walhal insiden pembakaran masjid itulah yang telah mencetuskan penubuhan OIC.”

Tegas empat NGO Islam menerusi sebuah sidang akhbar yang disiarkan di laman Facebook Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) sempena memperingati peristiwa pembakaran Masjidil Aqsa pada 21 Ogos 1969 oleh seorang pelampau Kristian Australia, Dennis Michael Rohan.

BACA JUGA: Rakyat Jakarta Bekerja Dari Rumah, Kurangkan Pencemaran Udara

BACA JUGA: Pulau Marambong Bakal Diusul Sebagai Pangkalan Maritim Malaysia – ADUN Johor

BACA JUGA: Premis Perniagaan Ipoh Bakal Dikompaun Jika Enggan Pasang Jalur Gemilang

Memetik kenyataan, sejak peristiwa itu, tempat suci Al-Aqsa kekal terancam sehingga ke hari ini.

“Sejak tahun 1967 masjid Al Aqsa menjadi sasaran Yahudi Zionis yang mahu merobohkannya untuk wujudkan semula Gunung Yahudi (Kuil Sulaiman) yang ketiga.  Pencerobohan ganas berterusan oleh tentera israel dan peneroka haram Yahudi telah mengakibatkan rakyat Palestin ditangkap, diculik, dibunuh, dicederakan, dipenjarakan dan diseksa.”

Walaupun ahli Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan dan menekankan keperluan untuk mengekalkan status quo di perkarangan Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis, mereka tidak melakukan sebarang tindakan selepas menteri keselamatan Israel, Itamar ben-Gvir membuat lawatan kontroversi ke tapak suci itu.

Justeru, NGO berkenan menggesa umat Islam bersolidariti dengan pejuang Palestin untuk membebaskan Al-Aqsa sekali gus menuntut agar PBB menguatkuasakan resolusi yang diluluskan dalam UNSC dan UNGA untuk memastikan rejim zionis bertanggungjawab sepenuhnya terhadap serangan berterusan ke atas masjid itu.

Mengulas lanjut, kenyataan dikeluarkan oleh wakil empat pertubuhan iaitu Mohd Azmi Abdul Hamid, Presiden MAPIM; Dato Seri Syeikh Ahmad Awang, Pengerusi Aliansi Masjid Sedunia Mempertahankan Al Aqsa; Dato Wira Syeikh Abdul Ghani Samsudin, Pengerusi Sekretariat  Himpunan Ulama Rantau Asia dan Syed Syeikh Al Attas, Setiausaha Agung Sekretariat Palestin Malaysia.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: