Antarabangsa

Masjidil Aqsa Bakal Dibahagi, Rakyat Palestin Minta Bantuan Malaysia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BAITULMUQADDIS, 14 Jun 2023 – Rakyat Palestin menyeru bantuan daripada Malaysia dan beberapa negara lain berhubung isu pembahagian Masjidil Aqsa antara orang Islam dan penceroboh Yahudi.

Lapor media antarabangsa, rakyat Palestin amat bimbang dengan cadangan yang dikemukakan oleh ahli Knesset Israel, Amit Halevi sekali gus meminta Malaysia, Turkiye, Indonesia dan Mesir menghalang undang-undang itu daripada dilaksanakan.

Perdana Menteri Palestin, Mohammed Shtayyeh juga mengingatkan pihak rejim haram aparteid Israel supaya tidak menyerahkan cadangan rang undang-undang (RUU) itu kepada Knesset negara haram.

Menurutnya, tindakan tersebut boleh mencetuskan ‘kemarahan melampau’ yang ‘tidak dapat digambarkan kerana kesucian dan nilai keagamaan Masjidil Aqsa untuk rakyat Palestin, Arab dan orang Islam’.

Justeru, beliau menyeru masyarakat Arab, Islam dan antarabangsa bertindak melangkaui kecaman dan mengenakan sekatan kepada rejim haram aparteid Israel yang akan menghalang mereka mengubah Masjidil Aqsa sekali gus menghentikan sebarang pencabulan terhadap tapak suci umat Islam di Baitulmuqaddis.

BACA JUGA: MOTAC Pertimbang Bak Kut Teh Makanan Warisan

BACA JUGA: Setelah Diterjah MB, KKM Luluskan Peruntukan Khas Untuk Johor

BACA JUGA: Sumbangan Tunai Rahmah Akan Disalurkan Sebelum Raya Haji

Dalam pada itu, rakyat Palestin turut bimbang kerana rancangan tersebut hanya permulaan kepada projek besar yang akan mengubah konflik Palestin-Israel menjadi perang agama yang mendorong keganasan meluas di wilayah Palestin.

Penasihat Presiden mengenai Hal Ehwal Baitulmuqaddis, Ahmed Al-Ruwaidi mengecam rancangan tersebut dan menekankan bahawa kerajaan sayap kanan Israel sedang berusaha untuk mengurangkan peranan Palestin di Baitulmuqaddis dengan menyasarkan institusi, tokoh Palestin serta penjagaan Jordan ke atas tapak suci Islam dan Kristian.

Tegasnya, Masjidil Aqsa adalah tempat suci untuk umat Islam sahaja, dan Israel mesti menghormati penjagaan Jordan ke atasnya.

Terdahulu, media melaporkan, ahli parlimen negara haram aparteid Israel menggesa agar sebahagian besar Masjidil Aqsa ‘dibahagikan’ antara Muslim dan Yahudi.

Amit Halevi menggariskan rancangan ‘membahagikan’ kompleks Masjidil Aqsa seluas 37 ekar kepada dua bahagian, di mana kawasan besar kompleks tersebut ditinggalkan untuk penganut Yahudi termasuk kawasan terletaknya Kubah Al-Sakhrah, manakala umat Islam hanya ditinggalkan dengan hujung selatan yang mempunyai Masjidil Aqsa.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: