JPV Selangor Rampas 247 Tan Karkas Babi Bernilai RM300,000
SHAH ALAM, 09 Jun 2023 – Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Selangor merampas kira-kira 247 tan karkas babi bernilai hampir RM300,000 yang dipercayai tidak disembelih di rumah sembelihan yang diluluskan atau dilesenkan di negara ini.
Lapor berita tempatan, rampasan tersebut dibuat pada pagi semalam selepas pemeriksaan dilakukan di sebuah premis bertempat di Taman Industri Puchong.
Menurut JPV negeri, karkas babi tersebut disyaki diimport dari Brazil namun tiada sebarang bukti ditemukan yang menandakan ia dari negara tersebut.
BACA JUGA: GEMPAR! Belgium Cipta Teknologi Proses Darah Babi Menjadi Air Minuman
BACA JUGA: Siam Boleh Tuntut Kedah: PMX Jangan Merepek Bab Sejarah Negara – Aminuddin Yahaya
BACA JUGA: Gunakan MyKad, Sekat Ketirisan Subsidi
“Setelah membuat pemeriksaan kita dapati karkas-karkas tersebut tidak mempunyai tanda taging atau sampling yang sah dari rumah penyembelihan veterinar di negara ini,” kata agensi berkenaan.
Berikutan itu, JPV Selangor mengambil tindakan di bawah Kaedah 5(3) Kaedah-Kaedah Binatang (Kawalan Penyembelihan) 2009.
JPV Selangor turut memaklumkan bahawa kes kaedah penyembelihan import berkenaan adalah kes pertama membabitkan karkas babi di Selangor pada tahun ini.
“Karkas babi yang dirampas ini akan dihantar ke makmal untuk pemeriksaan lanjut dan kita juga akan memohon perintah mahkamah untuk melupuskannya selepas ini,” jelasnya.