Antarabangsa

GEMPAR! Sebahagian Masjidil Aqsa Bakal Runtuh!

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BAITULMUQADDIS, 12 Ogos 2023 – Pihak Berkuasa Pemegang Amanah Al-Aqsa memberi amaran bahawa sebahagian Masjidil Aqsa dijangka akan runtuh akibat penggalian rejim Zionis di bawah tapak suci itu.

Anggota suruhanjayanya, Fakhri Abu Diab berkata, kerajaan rejim haram sedang cuba melaksanakan rancangan berbahaya yang bertujuan merobohkan Masjidil Aqsa sekali gus mendirikan kuil yang didakwa mereka.

BACA JUGA: Orang Luar Tabii Berhukum, PM Tak Akan Tolak Ansur – PMX

BACA JUGA: Positif COVID-19 Boleh Keluar Mengundi Bersyarat – KKM

BACA JUGA: KDN Warta Perintah Larangan Penerbitan LGBT pada Jam Swatch

Menurutnya, kerajaan pendudukan cuba meningkatkan pengaruh di dalam masjid, di mana mereka memperkenalkan fakta baru, menghalang kerja wakaf Islam di Al-Quds dan Al-Aqsa serta cuba membatalkan hak penjagaan Jordan ke atas masjid yang sama.

Lebih parah, pihak rejim haram Israel turut menghalang kerja-kerja baik pulih masjid oleh kaum Muslimin disebabkan kebimbangan kerja kotor mereka iaitu penggalian bawah masjid bakal terdedah.

Mengulas lanjut, serangan pasukan rejim haram Israel di Baitulmuqaddis semakin meningkat malah dicemari pelaksanaan ritual keagamaan mereka di halaman masjid. Sehingga separuh pertama tahun ini, pendudukan Israel telah menghalau kira-kira 877 penduduk dari Masjidil Aqsa, Kota Lama dan Kota Baitulmuqaddis.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: