Antarabangsa

Muslim Mempunyai Kewajipan Bebaskan Palestin, Baitulmuqaddis dan Masjidil Aqsa

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

ISTANBUL, 21 Disember 2022 – “Setiap Muslim mempunyai kewajipan agama untuk berusaha membebaskan Palestin, Baitulmuqaddis dan Masjidil Aqsa, mempertahankan mereka dan berhadapan dengan konspirasi yang dibuat terhadap mereka.”

Ini merupakan kenyataan tegas para ulama daripada 70 institusi Islam dalam Persidangan Antarabangsa Ulama-Ulama Islam untuk Palestin Kali Ke-2 di Istanbul, Turkiye baru-baru ini.

Persidangan tersebut diadakan bagi membincangkan perkembangan terkini perjuangan Palestin dan ancaman bahaya di tapak suci Masjidil Aqsa dan Baitulmuqaddis.

Para ulama yang hadir juga memperbaharui ikrar mereka untuk bergerak aktif dalam menyokong perjuangan pembebasan kota ketiga suci umat Islam itu.

Sebuah kenyataan menyebut, “Para ulama menekankan bahawa setiap inci Palestin adalah tanah Islam dan hanya milik umat Islam, dan mereka juga mengesahkan bahawa Masjidil Aqsa dengan setiap bahagian dan perincian di atas atau bawahnya adalah milik umat Islam semata-mata dan orang bukan Islam tiada hak langsung ke atasnya.”

Sehubungan itu, mereka berkata, satu-satunya cara untuk membebaskan Palestin dan membersihkannya daripada kekotoran pendudukan rejim haram aparteid Israel adalah menerusi penglibatan dalam semua bentuk penentangan.

Mereka turut memperingatkan kepada pemimpin dan umat Islam seluruh dunia bahawa sebarang keengganan dan kegagalan untuk menyokong rakyat Palestin dalam perjuangan mereka menentang pendudukan haram Israel dan pencerobohannya adalah sebuah jenayah dan keganasan terhadap seluruh umat Islam dan agama Islam sendiri.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: