Tempatan

Taman Permainan Awam Jadi ‘Zoo Mini’ Undang Pencemaran

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

GOMBAK, 11 Ogos 2023 – Penduduk Taman Selayang Indah mempersoalkan bagaimana taman rekreasi komuniti di situ dipajakkan kepada individu untuk membina zoo mini sehingga mengundang pencemaran bau dan bunyi.

Penduduk di situ mendakwa, mereka tidak lagi boleh beriadah di sekitar itu kerana ia sudah dipagar selain dijadikan kawasan penternakan dan restoran.

Seorang penduduk, Meena Chi Chelliah berkata, berdasarkan pelan perumahan yang dimilikinya jelas menunjukkan status taman itu sebagai hak milik awam.

BACA JUGA: Pembinaan Lapangan Terbang Tioman Batal – Menteri

BACA JUGA: Ceroboh Tanah Kerajaan Negeri Pahang, Lelaki Didenda RM200,000

BACA JUGA: Badan Khusus Dan Bajet Kerajaan Pusat Perlu Bantu Pulih Tasik Chini

“Semasa pandemik COVID-19 kami tidak menggunakan taman itu.”

“Ia tiba-tiba diubah suai oleh seseorang individu walhal taman itu merupakan taman awam,” katanya.

Seorang penduduk, Liew Li Lih berkata, aduan telah dikemukakan kepada Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Selangor namun maklum balas kedua-dua pihak ternyata mengecewakan.

“Surat PTG Selangor menyatakan taman itu dipajak kepada individu tersebut. Patutkah mereka pertimbangkan pajakan itu sedangkan ia adalah taman permainan dalam kawasan perumahan?”.

“Dan mengapa PTG tidak menamatkan pajakan itu walaupun boleh berbuat demikian memandangkan aktiviti ternakan haiwan melanggar peraturan dan tidak selaras dengan tujuan pajakan?” soalnya.

Lebih menghairankan apabila MPS memaklumkan tiada pencemaran berlaku di kawasan ternakan berkenaan semasa menjawab maklum balas kepada penduduk menerusi satu surat bertarikh 6 Julai lepas.

Kesal dengan kejadian itu, penduduk di situ berharap kerajaan negeri bertanggungjawab terhadap masalah yang dihadapi mereka.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: