Antarabangsa

Polis Israel Halang Jemaah Islam Memasuki Masjid Al-Aqsa

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BAITULMUQADDIS, 25 Oktober 2023 – Polis Israel bertindak menutup Masjid Al-Aqsa serta menghalang jemaah Islam dari memasuki tapak ketiga paling suci dalam Islam itu semalam, memetik kepada laporan agensi berita antarabangsa.

Menurut laporan tersebut, Waqf Islam, sebuah organisasi Islam yang dilantik oleh Jordan untuk menguruskan kompleks itu berkata, polis Israel secara tiba-tiba menutup semua pintu menuju kawasan berpagar dan menghalang orang Muslim daripada memasuki kawasan itu sambil membenarkan jemaah Yahudi menjalankan ibadah mereka sekali gus melanggar status quo masjid itu.

Hal ini kerana, menurut perjanjian status quo yang telah lama berlaku dalam mengawal kawasan itu, orang bukan Muslim boleh melawat tetapi hanya orang Muslim yang boleh beribadah di masjid itu. Difahamkan, sesetengah pengunjung Yahudi sering berdoa di masjid itu biarpun terdapat perjanjian tersebut.

Pada awalnya, warga emas dibenarkan untuk memasuki masjid tersebut namun pihak berkuasa Israel mula menghalang kemasukan semua jemaah Islam sejak pagi semalam.

Laporan tersebut juga berkata, negara-negara Timur Tengah termasuklah Mesir, Yaman, Jordan dan negara-negara teluk yang lain berterusan mengecam keganasan yang dilakukan pelampau Israel di Masjid Al-Aqsa di mana ia sentiasa di bawah kawalan polis Israel yang bertempur dengan rakyat Palestin di masjid itu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: