Antarabangsa

6 Lagi Maut Disembelih Rejim Zionis, Arab Saudi Kutuk Serangan Ke Atas Jenin

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ARAB SAUDI, 21 Jun 2023 – Arab Saudi telah mengeluarkan sebuah kenyataan mengutuk serangan Israel di Jenin pada Isnin lalu yang telah mengorbankan sekurang-kurangnya enam nyawa warga Palestin dan mencederakan puluhan yang lain.

Kenyataan tersebut telah dikeluarkan pada Selasa lalu oleh Kementerian Luar Negeri Arab Saudi yang mana ianya telah mengutuk dan mengecam peningkatan kadar tindakan kejam Israel terhadap wilayah Palestin yang telah diduduki secara haram.

Arab Saudi dalam kenyataan yang sama turut menzahirkan ucapan takziah terhadap ahli keluarga mangsa, kerajaan serta rakyat Palestin dan mendoakan kesembuhan segera bagi mereka yang tercedera.

BACA JUGA: Pencemaran Sisa Buangan Industri Dikesan Di Kempas

BACA JUGA: YDPA, Raja Permaisuri Agong Sekeluarga Berangkat Tunai Haji

BACA JUGA: Tular: Dua Warga Singapura Isi Minyak Dalam Tong, Berang Ditegur Rakyat’ Tempatan

Kementerian tersebut menerusi kenyataannya sekali lagi menegaskan penolakan mereka terhadap kekejaman serius yang telah dilakukan oleh pihak tentera Israel.

Sebelum ini, tentera rejim haram Israel telah menyerang sebuah kem pelarian di kawasan utara Tebing Barat yang telah menyebabkan kematian enam nyawa warga Palestin, termasuk seorang kanak-kanak dan mencederakan lebih dari 90 warga tempatan.

Dalam serangan tersebut, lapan orang tentera Israel telah tercedera namun hampir puluhan warga Palestin berada dalam keadaan kritikal.

Pada Khamis lalu, ribuan kelompok nasionalis Yahudi telah berhimpun melalui bandar lama Jerusalem di Palestin dan melaungkan beberapa slogan antaranya adalah “Orang Arab pergi mati”.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: