Antarabangsa

HAMAS Lancar Kempen Terhadap Wanita Berpakaian Tidak Sopan Di Masjidil Aqsa

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BAITULMUQADDIS, 28 Ogos 2022 – Gerakan Perjuangan Islam Palestin (HAMAS) melancarkan kempen mengecam seorang wanita Sepanyol yang menyiarkan gambarnya berpakaian tidak sopan di pekarangan Masjidil Aqsa pada Khamis lalu.

Pelancong itu memuat naik gambar dirinya di hadapan tangga masjid memakai gaun hijau terbelah sehingga menampakkan paha dan kakinya, manakala bahagian dada juga terdedah.

Wanita bergambar pakai gaun seksi di hadapan Masjid Al-Aqsa

Hazem Kassam, jurucakap gerakan pejuang HAMAS menggelar pelancong tersebut sebagai pelampau zionis apabila berita tersebut disiarkan.

“Seorang pelampau zionis mencemarkan pekarangan Al-Aqsa yang suci dengan memuat naik gambar tidak menutup aurat di media sosial,” ujarnya.

Beliau turut menegaskan, “Ini adalah satu tindakan provokasi yang tidak pernah berlaku sebelum ini terhadap perasaan rakyat Palestin dan penerusan pencemaran kesucian Al-Aqsa serta penghinaan zionis untuk seluruh penduduk Dunia Arab.”

Lapor media Timur Tengah, Masjidil Aqsa tidak dibuka kepada pelancong, namun tentera pendudukan Israel membenarkan kemasukan mereka ke ruang solat Muslim melalui pintu Al-Mughrabi, di mana hanya tentera rejim haram aparteid Israel sahaja mempunyai kunci.

Anger as Spanish tourist enters Al-Aqsa in ‘immodest’ clothing

Media Israel pula melaporkan bahawa wanita yang tidak dikenal pasti identitinya itu merupakan seorang pelancong Kristian dari Sepanyol.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: