Tempatan

Vaksin COVID-19: Kesan Sampingan ‘Kematian’ Tidak Dimasukkan Kerana Aplikasi “Terhad”

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SEPANG, 09 Jun 2023 – “Kami tidak dapat memasukkan semua (kesan sampingan), jadi kami memasukkan yang paling lazim. Bagi kesan sampingan luar biasa, (orang awam) boleh merujuk dokumen disediakan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) di laman webnya.”

Demikian jawapan bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah kepada soalan Timbalan Pendakwa Raya Nazneen Zulkifli di Mahkamah Sepang yang menyoal mengapa “kematian” tidak dinyatakan sebagai kesan sampingan vaksin Pfizer di aplikasi MySejahtera.

BACA JUGA: Sup Tulang Babi Sebagai Makanan Kebangsaan, Judi Sebagai Permainan Kebangsaan?

BACA JUGA: Sup Tulang Babi Makanan Tradisi, “Astaghfirullah” Kata Mantan Menteri KKOM

BACA JUGA: Tanah PDRM Tukar Milik Ke Gereja, Tiada Tindakan Lanjut – Menteri Dalam Negeri

Menurut portal tempatan, jawapan ini diberikan beliau yang menjadi saksi dalam perbicaraan terhadap pemilik Sky Clinic, Dr Roland Victor, yang didakwa mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia berhubung video dimuat naik ke Facebook mengenai pemberian vaksin COVID-19 pada 2021.

Dalam video yang bertarikh 2 Julai 2021 itu, Dr Roland mendakwa pekerja barisan hadapan menjadi “batu uji” apabila menjadi penerima pertama vaksin COVID-19 pada Februari 2021.

Tegas Tan Sri Dr Noor Hisham, kenyataan Dr Roland itu tidak wajar kerana vaksin berkenaan telah menjalani ujian teknikal.

Dalam hal ini beliau menyatakan bahawa, “Kita perlu melakukan bedah siasat bagi menentukan punca kematian, sama ada diakibatkan vaksin atau satu kebetulan (selepas si mati diberi vaksin COVID-19).”

“Ada kemungkinan si mati mempunyai penyakit lain, kita perlu mengesahkannya.”

Awal tahun ini, Tan Sri Dr Noor Hisham mendedahkan, terdapat 20,131 laporan kesan sampingan di Malaysia melibatkan lebih 44.8 juta dos vaksin Pfizer diberikan, dengan 94.2% bukan kes serius.

Perbicaraan di hadapan Hakim Fuad Othman itu akan bersambung pada 16 Jun ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: